Bola Sepak

Lyon kini kuasai Ligue 1

Oleh AFP

Paris: Lyon mengambil alih kedudukan selaku pendahulu Ligue 1 daripada Lille selepas mengatasi Nantes 3-0 menjelang rehat musim sejuk biarpun jaringan lewat perlawanan Burak Yilmaz membantu pasukan itu menang di Montpellier.

Pasukan Rudi Garcia mengatasi Lille menerusi perbezaan satu gol dengan juara bertahan Paris Saint-Germain ketinggalan satu mata selepas menang ke atas Strasbourg 4-0 di Parc des Princes.

Ia adalah kali pertama Lyon berada di kedudukan teratas liga sejak Krismas 2008/09 ketika mereka memenangi tujuh kali gelaran berturut-turut sebelum di tamatkan oleh Bordeaux.

"Ini satu hadiah untuk tahun 2020 yang cukup luar biasa biarpun liga di pendekkan," kata Garcia yang hilang kelayakan Eropah selepas kempen Ligue 1 musim lalu dipendekkan kerana Covid-19.

"Kami turut bermain di final Piala Liga, separuh akhir Piala Perancis dan separuh akhir Liga Juara-Juara. Kini kami perlu kembali dengan sihat selepas cuti.

"Dengan pandemik ini, pemain perlu lebih berhati-hati."

Lyon memintas Lille di puncak liga selepas menempuh babak pertama dengan hebat menentang Nantes yang beraksi tanpa pengurus pasukan.

Disiarkan pada: December 24, 2020 @ 9:44am
d