Bola Sepak

Coutinho tak akan kembali bersama Liverpool

Oleh Agensi

London: Bekas bintang Liverpool, Philippe Coutinho terus dikaitkan dengan kepulangan ke Liga Perdana namun untuk kembali semua ke kelabnya itu mungkin tidak.

Coutinho menjadi pemain utama untuk Reds selepas menyertai kelab itu dari Inter Milan dengan nilai perpindahan £8.5 juta (RM46.7 juta) pada Januari 2013.

Perancang utama Brazil itu membuat 201 penampilan bersama Liverpool dalam semua pertandingan meledakkan 54 gol dan membantu 43 gol.

Dia meninggalkan Anfield pada Januari 2018 untuk bersama Barcelona dengan rekod perjanjian bernilai £142 juta (RM781.4 juta).

Perpindahan itu bagaimanapun tidak seperti yang dirancangkan dengan Coutinho dipinjamkan ke Bayern Munich musim lalu selepas gagal membuktikan kemampuannya di Nou Camp.

Pemain berusia 28 dikaitkan dengan penghijrahan pada jendela perpindahan dengan Arsenal dan Chelsea dikatakan berminat.

Namun spekulasi berhubung masa depan terus bertiup kencang dengan Barca kini berdepan masalah kewangan dan dengan berita yang muncul Selasa lalu mengatakan bahawa Liverpool sudahpun menerima keseluruhan bayaran perpindahan £142 juta (RM781.4 juta) untuk pemain itu.

Ketika mengikat perjanjian dengan Barcelona dia berkata: "Saya mengucapkan terima kasih kepada presiden dan semua pihak yang menjadikan perjanjian ini kenyataan.

"Saya gembira, ia seperti mimpi menjadi nyata dan berharap dapat memenuhi semua yang diharapkan di atas padang."

Disiarkan pada: December 24, 2020 @ 1:37pm
d