Bola Sepak

Aubameyang harap pemain muda bersabar

Oleh AFP

London: Ketua pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang berkata, pemain muda yang bersemangat untuk memantapkan diri dalam skuad Arsenal harus bersabar sebelum diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

The Gunners memberikan aksi terburuk mereka dalam permulaan kempen selepas hampir separuh abad dan kali terakhir memenangi aksi domestik ialah pada 1 November lalu.

Menjelang pertemuan sukar awal pagi Ahad ini berdepan pasukan tangga kelima, Chelsea mereka hanya hanya empat mata di atas zon penyingkiran.

Kegagalan Aubameyang mendapat sentuhan jaringan menjadi salah satu punya mengapa mereka berada dalam situasi sukar.

Prestasi pemain berpengalaman lain seperti Granit Xhaka dan Willian menurun memaksa Mikel Arteta memanggil pemain muda sebagai pengganti.

Folarin Balogun, Eddie Nketiah, Emile Smith Rowe dan William Saliba, kesemuanya bawah 21 dan paling kerap disebut.

"Apabila anda pemain muda yang cuba untuk menonjolkan diri dengan pasukan seperti Arsenal sudah tentu akan ada tekanan.

"Anda harus bersabar juga kerana kita memiliki ramai pemain hebat beraksi dalam kesebelasan utama, jadi agak sukar untuk mencari peluang," kata Aubameyang.

Disiarkan pada: December 25, 2020 @ 9:37am
d