Bola Sepak

Ozil hampiri Fenerbahce

Oleh Agensi

London: Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil dilaporkan mengadakan perbincangan rahsia bersama Fenerbahce di London dengan pilihan untuk menyertai gergasi Turki itu menerusi perpindahan percuma musim panas akan datang.

Ozil tidak beraksi buat Gunners sejak Mac, selepas dikatakan tiada dalam perancangan ketua jurulatih, Mikel Arteta.

Pemain berusia 32 tahun itu berkata dia 'impikan' peluang agar dapat membantu mengubah nasib pasukannya.

Kontrak bekas pemain kebangsaan Jerman di Emirates akan tamat pada musim panas akan datang, sekalipun sukar dan dia tampak tidak dapat berakhir pada perlawanan terakhirnya di kelab London itu.

Menurut laporan di Turki, Ozil mengadakan perbincangan rahsia dengan bos Fenerbahce untuk berunding mengenai pra kontrak, yang membolehkan dia tiba di kelab itu musim panas akan datang.

Disiarkan pada: December 26, 2020 @ 12:02am
d