Bola Sepak

Klopp belum sedia turunkan Alcantara

Oleh Agensi

Liverpool: Liverpool bersedia untuk berdepan West Brom di Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin ini dengan mendapat khabar gembira selepas beberapa tonggak utama sudah sembuh dari kecederaan.

Selepas menyambut semula kepulangan Joel Matip dan Naby Keita ketika menumpaskan Crystal Palace 7-0, kita mereka gembira dengan kehadiran Thiago Alcantara dalam sesi latihan.

Selain Alantara, yang sebelum ini berdepan dengan kecederaan lutut, turut kembali dalam sesi latihan ialah James Milner dan Xherdan Shaqiri.

Penyandang juara EPL itu terpaksa berdepan dengan masalah kecederaan musim ini selepas tidak dapat menggunakan khidmat Virgil van Dijk, Alcantara dan Joe Gomez.

Jurgen Klopp adalah di antara pengurus di EPL yang tidak senang dengan keputusan tidak membenarkan lima pertukaran dalam setiap perlawanan bagi membolehkan mereka menangani masalah pemain kurang cergas.

Alcantara tidak beraksi sejak mengalami kecederaan lutut ketika berdepan Everton Oktober lalu.

Dia sekarang berada dalam proses pemulihan dan dirakam menjalani latihan di Kirby minggu ini.

Terdapat spekulasi bahawa pemain antarabangsa Sepanyol itu akan kembali menyertai skuad The Reds dalam tempoh terdekat.

"Thiago memulakan langkah pertama dengan kembali berlatih bersama pasukan. Dia sekarang ini terbabit dalam sesi latihan penuh namun selepas berehat panjang kami tidak mahu bertindak terburu-buru.

"Thiago tidak akan terbabit, selepas dia menjalani latihan penuh kami akan cuba memikirkan mengenai peluangnya, tapi ia semakin hampir," kata Klopp.

Disiarkan pada: December 26, 2020 @ 10:56am
d