Bola Sepak

Memang salah kami - Klopp

Oleh AFP

London: Pengurus Liverpool tidak berselindung dengan kekecewaan yang melanda selepas pasukannya hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang West Brom dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

"Ia memang silap kami sendiri. Kami memberikan mereka sepakan penjuru dengan mudah dan itu saja yang mereka mahukan malam ini. Itulah sebabnya kami hanya meraih satu mata bukannya tiga," kata Klopp.

West Brom pula masih kekal di tangga kedua terbawah, namun mereka sekarang ini hanya kurang lima mata untuk keluar dari zon penyingkiran.

"Semua pemain hari ini menunjukkan semangat yang sangat diperlukan pasukan untuk keluar dari kedudukan sekarang.

"Saya melihat banyak keberanian, kesungguhan dan kualiti yang dipamerkan oleh pemain," kata pengurus West Brom, Sam Allardyce.

Sadio Mane membuka jaringan pada minit ke-12 ketika skuad bimbingan Klopp membuatkan The Baggies bertahan di kawasan sendiri sehingga rehat babak pertama, namun mengurangkan cengkaman separuh masa kedua sehingga mereka menerima padah.

Semi Ajayi menanduk masuk hasil sepakan penjuru lapan minit sebelum perlawanan tamat seterusnya memberikan pelawat mata berharga.

Disiarkan pada: December 28, 2020 @ 8:42am
d