Bola Sepak

Pemain bola cedera terkena bunga api

Oleh Agensi

Turki: Pemain bola sepak Norway dan Galatasaray, Omar Elabdellaoui mengalami kecederaan kerana terkena serpihan bunga api ketika sambutan Tahun Baharu 2021.

Pembantu kapten kelab warga Norway berkata mangsa di bawa ke hospital selepas "berdepan insiden malang itu di kediamannya."

Dia mengalami kecederaan di muka dan di bahagian mata menurut kelab itu, sambil menambah ujian lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti tahap kecederaannya.

Menurut laporan di Turki bunga api meletup di tangan pemain pertahanan berusia 29 tahun itu.

Akhbar Turki, Hurriyet berkata bekas pemain Manchester City itu mungkin tidak dapat melihat, tanpa memberikan sebarang perincian lanjut.

Namun kenyataan susulan yang dikeluarkan di surat khabar memberitahu pihak Galatasaray berkata Elabdellaoui tidak sedarkan diri, berada dalam keadaan stabil dan tidak perlu menjalani pembedahan.

Pengurus Galatasaray, Fatih Terim dan kapten pasukan, Arda Turan melawat Elabdellaoui di hospital, pemain yang menyertai kelab itu tahun lalu dari wakil Greece, Olympiacos FC.

Beberapa kelab Turki termasuk pencabar utama Galatasaray di Liga Super Turki, Fenerbahce, Besiktas dan Trabzonspor memuat naik ciapan di media sosial masing-masing mendoakan supaya pemain itu cepat sembuh.

Disiarkan pada: January 2, 2021 @ 7:59pm
d