Bola Sepak

Coutinho rehat tiga bulan

Oleh AFP

Barcelona: Perancang tengah Barcelona, Philippe Coutinho menjalani pembedahan lutut kiri dan akan tersisih "dalam tempoh tiga bulan" umum kelab itu hari ini.

Pemain dari Brazil berusia 28 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat kecederaannya selepas dia dilihat terbaring kesakitan di luar padang ketika seri menentang Eibar Selasa lalu.

Keputusan yang berakhir 1-1 itu meninggalkan skuad kendalian Ronald Koeman berada di tangga keenam dalam carta La Liga, 10 mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid.

Coutinho, yang menyertai Barcelona tiga tahun lalu dari Liverpool tetapi dipinjamkan ke Bayern Munich musim lalu, menyertai senarai pemain yang bakal diketepikan dalam tempoh panjang termasuk Ansu Fati dan Gerard Pique, yang turut disisihkan kerana kecederaan lutut.

Disiarkan pada: January 2, 2021 @ 10:30pm
d