Bola Sepak

Bell inspirasi City

Oleh Agensi

London: Pengendali Manchester Pep Guardiola berkata, pasukan itu mendapat inspirasi untuk membentuk legasi Colin Bell selepas mara buat kali keempat berturut-turut ke final Piala Carabao.

City yang sebelum ini menangi piala itu selama tiga musim sebelum ini menewaskan Manchester United 2-0 di separuh akhir dan akan berdepan Tottenham di Wembley pada 25 April.

Semua pemain memberi penghormatan terakhir kepada legenda itu selama satu minit di Old Trafford dan memakai lilitan hitam buat kelab legenda Bell, yang meninggal pada hari Selasa lalu.

"Kami mendedikasikan kemenangan ini untuk Colin Bell dan keluarganya," kata Guardiola.

Bell membuat 501 penampilan bersama City antara tahun 1966 dan 1979, meledakkan 153 gol.

Dia membantu City membawa kelab itu ke kelompok utama dan merangkul gelaran Divisyen Satu selain Piala FA, Piala Liga dan Piala Juara Antara Juara.

"Ia hari yang menyedihkan bagi seluruh keluar Manchester City," kata Guardiola. "Kini kami meneruskan perjuangan tapi masa lalu dicipta oleh pemain yang luar biasa.

"Ketika Colin Bell memiliki kedudukan di Etihad dan namanya dikenali sebagai Raja (Kippax), ia adalah kerana dia seorang yang sangat istimewa.

Sementara itu Guardiola memuji pemain pertahanan John Stones, yang menjaringkan gol pembukaan dan yang pertama untuk kelab sejak 2017 - sebelum Fernandinho melakukan sepak voli di akhir waktu permainan.

Disiarkan pada: January 7, 2021 @ 12:52pm
d