Bola Sepak

Cavani digantung tiga perlawanan kerana "negrito"

Oleh AFP

London: Penyerang Manchester United, Edinson Cavani terkejut apabila dia digantung tiga perlawanan oleh suruhanjaya atas status yang dimuat naiknya di media sosial.

Cavani, menyertai United pada Oktober lalu memuat naik status dalam Instagram selepas menjaringkan dua gol ketika mereka melakarkan kemenangan 3-2 ke atas Southampton di mana dia mengucapkan terima kasih kepada rakannya Pablo Fernandez dengan menggunakan istilah Sepanyol yang biasa digunakan "negrito" (lelaki kulit hitam).

Fernandez menyatakan "negrito" adalah nama timbangannya dan ia adalah panggilan mesra yang digunakan kepada anaknya.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas pemain antarabangsa Uruguay itu dikritik hebat di Amerika Selatan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Uruguay pada Isnin lalu menuduh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) bersikap perkauman dengan tuduhan itu.

Suruhanjaya bebas yang terdiri daripada tiga orang menerima alasan bahawa Cavani tidak bermaksud menyinggung perasaan tetapi mengkritik United kerana tidak memaklumkan kepada pemain mereka perihal perbezaan budaya antara tanah airnya dan England.

"Berdasarkan pemain yang berprofil tinggi dan ketidakmampuannya berbahasa Inggeris selain mempunyai lapan juta pengikut di Instagram, suruhanjaya terkejut bahawa tiada latihan khusus diberikan kepada pemain mereka," demikian alasan yang dikeluarkan berhubungan penggantungan pemain itu.

Ia adalah kes yang biasa membabitkan FA dengan pemerhati tidak memahami budaya Amerika Selatan terhadap penggunaan perkataan "negrito" dan menganggap perkataan itu sebagai menyinggung perasaan.

Disiarkan pada: January 8, 2021 @ 11:09am
d