Bola Sepak

Ronaldo juara media sosial

Oleh Agensi

London: Cristiano Ronaldo muncul pemain bola sepak yang mempunyai pengikut paling ramai di media sosial.

Jumlah terkumpul pengikutnya menerusi platform Facebook, Twitter dan Instagram adalah 200 juta lebih ramai berbanding barisan pemain bola sepak yang lain.

Penyerang Juventus berusia 35 tahun itu mempunyai 124 juta pengikut di Facebook, 90 juta di Twitter dan 251 juta di Instagram.

Bermakna Ronaldo mempunyai seramai 465 juta pengikut secara keseluruhan di media sosial.

Seteru utamanya, Lionel Messi ketinggalan jauh dengan keseluruhan 265 juta pengikut, iaitu 90 juga di Facebook dan 175 juta di Instagram untuk menduduki tempat kedua.

Bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Neymar menduduki tempat ketiga apabila mempunyai seramai 254 juta pengikut dengan 144 juta daripadanya di platform Instagram.

Kemudian bintang Everton dan Colombia, James Rodriguez menduduki tempat keempat dengan 31 juta pengikut di Facebook, 19 juta di Twitter dan 45 juta di Instagram untuk keseluruhan 96 juta pengikut.

Disiarkan pada: January 9, 2021 @ 7:11pm
d