Bola Sepak

Arsenal mara selepas benam Newcastle

Oleh AFP

London: Penyandang juara Piala FA Arsenal menewaskan Newcastle 2-0 ketika pasukan bukan liga, Chorley menyingkirkan kelab diancam Covid-19, Derby manakala West Brom tersingkir pada pusingan ketiga kepada Blackpool.

Covid-19 kini terus menghantui bola sepak England apabila beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan dan mewujudkan keraguan sama ada musim ini dapat dilengkapkan.

Hanya satu perlawanan Piala FA pusingan ketiga ditangguhkan, peringkat yang mana menyaksikan pasukan utama mula memasuki kejohanan.

Namun beberapa kelab terpaksa membuat pertukaran besar-besarnya ke atas barisan utama selepas terkesan dengan wabak berkenaan.

Juara 14 kali, Arsenal, meneruskan rentak kemenangan dengan kemenangan keempat berturut-turut dalam semua perlawanan Liga Perdana di Emirates.

Kapten Magpies, Jamaal Lascelles membuat penampilan pertama dalam tempoh enam minggu selepas dijangkiti Covid-19 ketika kedua-dua pasukan terpaksa melakukan beberapa perubahan.

Emile Smith Rowe yang sebelumnya terselamat daripada kad merah selepas melihat VAR – memecah kebuntuan dalam perlawanan dan Pierre-Emerick Aubameyang mengesahkan kemenangan pasukan.

Kemenangan itu kini menyaksikan Mikel Arteta menukar tumpuan terhadap saingan Liga Perdana menentang Crystal Palace awal pagi Jumaat ini.

"Kami mahu teruskan rentak dan menang lebih banyak perlawanan," katanya.

"Adalah penting untuk terus kekal dalam kejohanan ini. Kami mahu bertarung dalam kejohanan ini sekali lagi, jadi hari ini ia adalah keputusan yang besar buat kami." -

Disiarkan pada: January 10, 2021 @ 9:37am
d