Bola Sepak

Arteta tagih sentuhan Partey

Oleh Agensi

London: Mikel Arteta memberi bayangan bahawa Thomas Partey akan kembali cergas untuk diturunkan bersama Arsenal menjelang perlawanan di tempat sendiri menentang Crystal Palace, Khamis ini.

Pemain tengah Ghana itu tidak beraksi kerana kecederaan pangkal paha sejak mereka tewas 2-0 kepada Tottenham Hotspur 6 Disember lalu.

Partey sudahpun turun berlatih bersama rakan pasukan Arsenal di London Colney selama beberapa hari namun tidak disenaraikan ketika mereka melakar kemenangan ke atas Newcastle United pada pusingan ketiga Piala FA.

Arteta kini mendedahkan bahawa beliau berharap pemain tengah berusia 27 tahun itu bersedia untuk diturun bersama Gunners apabila melayan kunjungan Crystal Palace di Emirates dalam aksi Liga Perdana nanti.

Ditanya mengenai keadaan terkini Partey, Arteta berkata: "Kami menilai keadaannya, berapa banyak latihan yang dilakukannya, kotak yang sudah ditanda dan dia masih lagi sedikit kurang (perlawanan Newcastle).

Arteta sebelum ini bersyukur campur tangan VAR membantu menyelamatkan Smith Rowe "Mudah-mudahan kami dapat menurunkannya bersama skuad.

"Mari kita lihat bagaimana dia berlatih dalam beberapa hari ke depan ini. Keadaan dia sangat baik ketika ini."

Disiarkan pada: January 11, 2021 @ 2:00pm
d