Bola Sepak

Ter Stegen wira Barcelona

Oleh AFP

Madrid: Marc-Andre ter Stegen muncul wira Barcelona ketika mengatasi Real Sociedad menerusi penentuan penalti 3-2 sekali gus melangkah ke final Piala Super Sepanyol tanpa Lionel Messi yang mengalami kecederaan.

Messi menyaksikan perlawanan itu ketika Ter Stegen mempamer aksi terbaik di Cordoba apabila cemerlang pada penentuan penalti dan masa sebenar yang berakhir 1-1.

Gol menerusi tandukan Frenkie de Jong disamakan menerusi penalti Mikel Oyarzabal, yang kemudian gagal menyempurnakan penanti, satu daripada dua diselamatkan Ter Stegen sebelum pemain berusia 21 tahun, Riqui Puig menjaringkan gol kemenangan.

"Saya tidak dipilih untuk mengambil sepakan itu tapi kami memerlukan seorang lagi dan saya menawarkan diri," kata Puig.

Barcelona mara dan akan bertemu sama ada Real Madrid atau Athletic Bilbao pada aksi final Ahad ini.

Messi dijangka akan kembali bermain meskipun jurulatih Ronald Koeman bimbang dengan keadaan pemain itu.

Skuad kendalian Koeman berdepan cabaran besar dalam pemburuan gelaran La Liga tetapi mereka semakin meningkat apabila melalui sembilan perlawanan tanpa kalah selain berpeluang meraih satu trofi setakat ini.

Disiarkan pada: January 14, 2021 @ 9:39am
d