Bola Sepak

Rooney bersara, latih Derby sepenuh masa

Oleh AFP

London: Wayne Rooney secara rasmi bersara sebagai pemain bola sepak untuk memegang jawatan sepenuh masa selaku pengurus Derby County, selepas kelab Liga Kejuaraan itu membuat pengumuman.

Derby mengesahkan bekas pemain Manchester United dan penyerang England bersetuju untuk melatih secara tetap sehingga 2023 selepas menggantikan Phillip Cocu selaku pengendali sementara November lalu.

Kenyataan kelab itu mengesahkan mereka menerima peranan Rooney selaku pengurus sekali gus menamatkan karier sebagai pemain bagi memberi fokus sepenuhnya dengan jawatan berkenaan.

Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 11:00pm
d