Bola Sepak

Klopp tak peduli nasib Man United

Oleh Agensi

London: Jurgen Klopp menegaskan beliau tidak peduli jika Manchester United gagal memenangi kejuaraan Liga Perdana selama 30 tahun.

Pengurus Liverpool itu menamatkan penantian selama 30 tahun Reds untuk memenangi kejuaraan liga musim lalu sejak kali terakhir memenanginya pada 1990.

United kini sudah kemarau kejuaraan liga selama tujuh tahun sejak kali terakhir 2013, iaitu pada tahun terakhir di bawah bimbingan Alex Feguson.

Klopp berkata: "Potensi yang ada oleh United sangat menakjubkan. Saya tidak tahu mengenai nasib mereka 30 tahun lagi, tapi kenapa saya perlu ambil peduli?

"Bukanlah sesuatu yang mengejutkan United gagal memenangi kejuaraan liga sejak lapan tahun lalu. Sebab jika anda tidak berada di kedudukan teratas dan tidak beraksi pada tahap terbaik, anda tidak akan memenangi apa-apa.

"Mereka hampir memenanginya tetapi City berjaya memenangi kejuaraan liga beberapa kali, Chelsea juga masih di tahap sama, Leicester melakukannya pada 2016.

"Tetapi adakah saya terkejut United gagal memenanginya? Tidak."

Skuad bimbingan Klopp akan bertemu United pada aksi liga tengah malam ini.

Disiarkan pada: January 17, 2021 @ 12:23pm
d