Bola Sepak

Kecederaan tonggak merimaskan Guardiola

Oleh Agensi

Manchester: Kegembiraan pengurus Manchester City, Pep Guardiola selepas kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa sedikit terganggu apabila pemain perancang, Kevin De Bruyne dan pertahanan, Kyle Walker mengalami kecederaan.

De Bruyne dikatakan mengalami kecederaan otot kaki dan digantikan selepas sejam aksi berlangsung di Stadium Etihan, manakala Walker pula dikeluarkan pada separuh masa pertama apabila bertembung dengan pemain Villa, Jack Grealish.

"Saya belum bercakap lagi dengan doktor. Tapi jika Kyle meminta dikeluarkan sudah tentu adalah sesuatu yang berlaku. Saya berharap ia tidak terlalu teruk," katanya.

Guardiola berkata, kecederaan yang dialami De Bruyne mungkin disebabkan jadual padat.

"Kevin memegang kakinya, jadi saya rasa ia mesti ada kaitan dengan otot. Ia normal, perkara ini berlaku apabila jadual terlalu padat," kata Guardiola.

City mencatat enam kemenangan liga berturut-turut dan dua mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Disiarkan pada: January 21, 2021 @ 2:31pm
d