Bola Sepak

Serius la sikit - Koeman

Oleh AFP

Madrid: Ronald Koeman mengkritik pemain Barcelona yang gagal menyempurnakan dua sepakan penalti pada sehingga memerlukan masa tambahan untuk mengalahkan pasukan divisyen tiga, Cornella dan mara ke 16 akhir Copa del Rey.

Jaringan Ousmane Dembele dan Martin Braithwaite pada masa tambahan membolehkan mereka mencatat kemenangan 2-0 namun sebelum itu Miralem Pjanic dan Dembele sendiri gagal menyempurnakan penalti pada masa sebenar.

Pjanic dan Dembele menyertai senarai pemain Barcelona yang gagal menyempurnakan sepakan penalti musim ini bersama Lionel Messi, Antoine Griezmann dan Braithwaite.

"Saya tidak faham kerana mereka adalah pemain yang mudah untuk menyempurnakan penalti.

"Mungkin mereka takut. Saya tidak tahu. Beberapa pemain sudah gagal sebelum ini, tapi jika anda sudah menjaringkan salah satu daripada dua penalti, anda sudah boleh berasa tenang.

"Anda tidak boleh terlepas dua penalti sebagai pemain Barca. Mereka tidak serius," kata Koeman.

Barca cuba untuk memadam kekecewaan selepas kalah mengejut kepada Athletic Bilbao dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol, di mana Messi diperintah keluar padang buat kali pertama.

Disiarkan pada: January 22, 2021 @ 11:53am
d