Bola Sepak

Gurdiola berpuas hati

Oleh AFP

West Bromwich: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola puas hati dengan keputusan yang dicatatkan anak buahnya selepas mereka membelasah West Brom 5-0 untuk menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ia adalah kemenangan kali ke-11 berturut-turut.

"Keputusan yang baik, secara keseluruhan ia adalah persembahan cemerlang dan memperoleh tiga mata lagi," kata Guardiola.

Guardiola turut memuji pemain Jerman, Ilkay Gundogan yang meledak dua gol sekali gus membuktikan bahawa tonggak tengah itu adalah salah seorang pemain yang boleh dijadikan senjata memburu jaringan.

"Apabila dia berada berdekatan dengan kotak penalti, dia mempunyai naluri untuk melakukan larian baik masuk ke dalam kawasan berkenaan," katanya.

Selain Gundogan, City memperoleh jaringan melalui, Joao Cancelo, Riyad Mahrez dan Raheem Sterling sekali gus berjaya memintas seteru tetangga, Manchester United dengan kelebihan satu mata.

The Baggies adalah pasukan terakhir yang berjaya mencuri mata City selepas mencatat keputusan seri 1-1 di Etihad bulan lalu namun ketika itu ia masih belum cukup untuk menghalang Slaven Bilic daripada dipecat.

Bagaimanapun, pelantikan Sam Allardyce setakat ini tidak banyak membawa perubahan kepada West Brom untuk keluar dari kedudukan bahaya selepas kekal di tangga kedua terbawah dan enam mata dari zon selamat.

Dalam empat aksi di tempat sendiri ketika bekas pengendali England itu mengambil alih, West Brom melepaskan 17 gol tanpa meledak sebarang jaringan.

Disiarkan pada: January 27, 2021 @ 11:10am
d