Bola Sepak

Betis, Villarreal ke suku akhir

Oleh AFP

Madrid: Borja Iglesias menjaringkan dua gol dalam masa tambahan untuk membawa Real Betis layak ke suku akhir Copa del Rey selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Real Sociedad.

Turut menyertai Betis ke suku akhir ialah Villarreal dan Levente.

Sociedad terlebih dulu mendahului perlawanan pada separuh masa pertama melalui Mikel Oyarzabal namun mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain sebaik bersambung babak kedua apabila Asier Illarramendi diperintah keluar padang.

Villarreal berjaya melepasi halangan pasukan divisyen dua, Girona selepas mencatat kemenangan 1-0, manakala Levente mengalahkan Valladolid 4-2.

Lionel Messi boleh diturunkan selepas menjalani penggantungan dua perlawanan apabila Barcelona berdepan Rayo Vallecano awal pagi esok.

Atletic Bilbao pula akan berdepan Alacoyano iaitu pasukan divisyen tiga yang mengetepikan Real Madrid sebelum ini.

Disiarkan pada: January 27, 2021 @ 12:42pm
d