Bola Sepak

Man City perkukuh takhta liga

Oleh AFP

London: Manchester City menjarakkan diri kepada tiga mata di tangga teratas Liga Perdana selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Sheffield United dan masih berkelebihan satu perlawanan.

Gol tunggal Gabriel Jesus minit ke-9 di Stadium Etihad melebarkan rekod kemenangan Man City kepada 12 perlawanan disemua pertandingan.

Ferran Torres serta Jesus adalah antara lima pertukaran dilakukan oleh Guardiola dan kedua-dua pemain itu bergabung bagi membolehkan Jesus meraih gol pertama di Liga Perdana sejak November tahun lalu.

City gagal untuk menguasai perlawanan namun mengekalkan rekod tanpa kalah buat kali ke-15 sepanjang 19 perlawanan terakhir.

"Ramai yang berasakan jika kali terakhir kami menang 5-0, maka kami boleh sekali lagi menang dengan jaringan sama.

"Ini adalah dunia sebenar, bukan kisah dongeng," kata pengurus Man City, Pep Guardiola.

"Meskipun Sheffield di tangga terbawah liga, anda dapat lihat kemampuan mereka dan mula sedar betapa sukarnya saingan di Liga Perdana."

Disiarkan pada: January 31, 2021 @ 8:37am
d