Bola Sepak

Real tempang tanpa Ramos

Oleh AFP

Madrid: Sergio Ramos mungkin tidak dapat beraksi untuk Real Madrid pada dua perlawanan pusingan ke-16 bertemu Atalanta selepas pemain pertahanan itu disahkan baru menjalani pembedahan di lututnya.

"Kapten kami Sergio Ramos selamat menjalani pembedahan hari ini di lutut kiri," kata Real Madrid dalam satu kenyataan.

Ramos dijangka akan berehat antara enam hingga lapan minggu sekali gus bakal terlepas beraksi kedua-dua perlawanan Liga Juara-Juara sekali gus satu tamparan hebat untuk Real.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane pastinya berharap ketua pasukannya itu dalam kembali beraksi untuk aksi suku akhir pada April serta saingan La Liga.

Ketiadaan pemain berusia 34 tahun itu yang tidak beraksi sejak 14 Januari lalu nyata menjejaskan Real yang tewas di tangan Athletic Bilbao di separuh akhir Piala Super Itali.

Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique juga akan mengikuti perkembangan Ramos menjelang aksi Euro.

Disiarkan pada: February 6, 2021 @ 10:46pm
d