Bola Sepak

Bekas jurulatih Piala Dunia Perancis dipecat

Oleh AFP

Nantes: Bekas jurulatih Perancis, Raymond Domenech dipecat oleh Nantes selepas kurang dua bulan membimbing kelab itu, kata sumber.

Nantes akan bertemu Lens pada Piala Perancis, perlawanan yang tidak dapat dihadiri pengendali berusia 69 tahun itu kerana perlu menjalani tempoh kuarantin selepas didapati positif Covid-19, Isnin lalu.

Kelab yang bergelut itu sudah melalui 15 perlawanan tanpa kemenangan termasuk tujuh perlawanan di bawah bimbingan Domenech yang dilantik Disember tahun lalu.

Penyokong nyata kurang yakin dengan pelantikannya selepas 10 tahun membimbing skuad kebangsaan Perancis yang melalui prestasi tidak menentu dan tersingkir awal pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Malah kehadiran Domenech disambut dengan kumpulan sarkis yang bermain muzik mengejeknya serta pemilik kelab, Waldemar Kita.

Nantes kini menduduki tangga ke-18 Ligue 1, lebih empat mata dari zon penyingkiran.

Disiarkan pada: February 10, 2021 @ 10:59pm
d