Bola Sepak

Rodgers sedar kesukaran dialami Klopp

London: Selepas hampir dua tahun selepas pelantikan Brendan Rodgers, Leicester sekali lagi cuba memberi ancaman terhadap enam pasukan gergasi tradisi Liga Perdana Inggeris (EPL) seterusnya mara ke saingan berprestij Liga Juara-Juara.

Skuad The Foxes mendahului juara bertahan Liverpool dengan kelebihan tiga mata menjelang pertemuan penting kedua-dua pasukan di King Power malam esok.

Rodgers boleh bersimpati dengan kesukaran dihadapi Jurgen Klopp berdasarkan pengalamannya bersama Liverpool sebelum ini sebelum pengendali dari Ireland Utara itu dipecat pada Oktober 2015.

Klopp berjaya meraih gelaran musim lalu selepas kegagalan dicipta Rodgers namun pengendali dari Jerman itu berdepan masalah kehilangan pemain tonggak sejak Virgil van Dijk cedera ligamen pada Oktober lalu

Ketiadaan pemain Belanda itu ditambah dengan kecederaan teruk pertahanan tengah, Joe Gomez serta Joel Matip.

Skuad Klopp hanya menang tiga daripada 11 perlawanan terakhir dan tersingkir daripada Piala FA serta ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Antara dua kelab yang mendominasi bola sepak England sejak empat musim lalu ialah Leicester yang dibentuk Rodgers menjadi pencabar konsisten untuk tempat ke Liga Juara-Juara.

Disiarkan pada: February 12, 2021 @ 2:58pm
d