Bola Sepak

Pertembungan Lukaku, Ibrahimovic curi tumpuan

Oleh Agensi

Milan: Pertembungan Zlatan Ibrahimovic dan Romelu Lukaku diterjemahkan pada lukisan jalanan menjelang aksi penentu kejuaraan membabitkan tetangga Milan dalam saingan Serie A itu, Ahad ini.

Mural yang tidak dikenal pasti pelukisnya, terpampang di dinding berhampiran Stadium San Siro pada awal pagi Ahad lalu, seminggu sebelum kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi.

Terdapat juga petikan disamping lukisan itu "Muka ke muka, hati ke hati."

Dalam saingan Piala Itali 26 Januari lalu, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, penyerang AC Milan, Ibrahimovic meledak gol dan kemudian dibuang padang kerana dilayangkan dua kad kuning, yang pertama adalah ketiga mempamerkan aksi agresif mengekang Romelu Lukaku.

Lukaku menjaringkan gol menerusi penalti pada separuh masa kedua dan Christian Eriksen kemudian memastikan kemenangan tuan rumah menerusi sepakan percuma pada minit ke-97 untuk memastikan kebangkitan dramatik buat Inter Milan.

Kedua-dua penyerang dilayangkan kad kuning berikutan terbabit pertelingkahan, dengan kedua-dua bertindak memaki hamun, tolak menolak dan melagakan kepala antara satu sama lain.

Pemain kebangsaan Belgium itu dikatakan berang dengan apa yang diperkatakan oleh Ibrahimovic sehingga gagal ditenangkan rakan sepasukan.

Ibrahimovic, 39, dikritik di media sosial kerana kenyataannya tetapi menafikan dia menggunakan perkataan perkauman dan menjelaskan tuduhan itu.

Disiarkan pada: February 17, 2021 @ 2:05pm
d