Bola Sepak

Porto sekat hajat Juventus

Oleh AFP

Porto, Portugal: Perlawanan pertama Cristiano Ronaldo untuk Juventus di negara kelahirannya Portugal berakhir dengan kekalahan 1-2 ke atas FC Porto dalam aksi pertama peringkat 16 terakhir, Liga Juara-Juara, pagi ini.

Aksi yang dilabel antara kurang bersemangat oleh jurulatih Andrea Pirlo sehingga membenarkan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Penyerang Iran, Mehdi Taremi meletakkan Porto di depan seawal minit pertama permainan di Estadio do Dragao berikutan kesilapan yang dilakukan Rodrigo Bentancur.

Diikuti jaringan penyerang dari Mali, Moussa Marega untuk gol kedua selepas rehat permainan.

Tetapi Federico Chiesa merapatkan jaringan lapan minit sebelum tamat permainan untuk memberi sedikit harapan kepada Juventus dengan aksi timbal balik di Turin pada 9 Mac.

"Pendekatan ini salah sejak dari minit pertama lagi," kata Pirlo.

"Apabila anda membenarkan gol seperti ini ia adalah perkara biasa yang mencetuskan kebimbangan, anda berada dalam arah yang tak pasti.

"Porto cukup bagus menutup ruang dan selepas jaringan itu ia bertambah sukar. Kami menyerahkan perlawanan untuk mereka memperoleh kelebihan awal.

"Sebenarnya kami menjaringkan gol penting menerusi Chiesa dan kini kami akan memberi tumpuan kepada aksi timbal balik."

Penjaring terbanyak Liga Juara-Juara, Ronaldo, 36, gagal memecah kebuntuan jaringan berdepan lawan yang diketuai rakan sepasukannya di skuad kebangsaan Portugal, Pepe, selepas dikejutkan dengan gol awal.

"Kami mengkaji dengan baik mengenai permainan Juventus," kata pemain pertahanan Pepe yang memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Ronaldo ketika di Real Madrid.

"Kami tahu kami harus memberi tekanan kepada Juventus daripada menguasai permainan. Dalam aksi perlawanan seperti ini ia agak sukar untuk menjaringkan gol di gelanggang sendiri, tetapi kami beraksi dengan baik."

Disiarkan pada: February 18, 2021 @ 7:34am
d