Bola Sepak

Inter mudah atasi AC Milan

Oleh AFP

Milan: Inter Milan mengalahkan musuh setempat, AC Milan 3-0 untuk terus menguasai kedudukan pendahulu Serie A, hasil daripada dua gol yang disumbangkan Lautaro Martinez.

Turut meledak jaringan untuk Inter dalam perlawanan berkenaan ialah Romelu Lukaku.

Martinez menanduk masuk gol seawal minit kelima sebelum pemain antarabangsa Argentina itu menambah gol kedua 12 minit selepas rehat.

Gol ketiga Inter pula hadir pada minit ke-66 selepas Lukaku berjaya mengatasi halangan Zlatan Ibrahimovic.

Kemenangan itu membolehkan Inter menjarakkan kedudukan dengan kelebihan empat mata mengatasi lawan mereka di tempat kedua.

Pasukan bimbingan Antonio Conte memburu kejuaraan liga buat kali pertama selepas meraih treble pada 2010 di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Disiarkan pada: February 22, 2021 @ 12:11am
d