Bola Sepak

Atletico lebih stabil berbanding Chelsea

Oleh AFP

London: Thomas Tuchel sedar sejak hari pertama beliau mengambil alih tugas di Chelsea budaya mengambil dan menyingkirkan adalah antara yang perlu dihadapi pengurus apabila bekerja di bawah Roman Abramovich.

"Apa yang berubah?" Tuchel menjawab ketika ditanya pada sidang media yang pertama adakah dia bimbang apabila hanya diberi kontrak 18 bulan.

"Jika mereka memberikan saya empat setengah tahun dan mereka tidak gembira, mereka akan tetap memecat saya."

Meskipun sudah melihat nasib pengendali sebelum ini seperti Jose Mourinho, Carlo Ancelotti dan Antonio Conte yang dipecat selepas memenangi Liga Perdana Stamford Bridge dan pemain legenda kelab Frank Lampard yang turut berdepan nasib yang sama bulan lalu, Tuchel bersedia menerima cabaran itu.

Berbeza dengan nasib yang Chelsea, Atletico Madrid cemerlang sejak lebih sedekad lalu di bawah pimpinan Diego Simeone.

Simeone mengambil alih pasukan gergasi itu pada 2011, Chelsea sudah mempunyai sembilan pengurus.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara di Bucharest esok.

Walaupun membelanjakan 220 juta pound (RM1,245 juta) untuk pemain baru ketika pasaran perpindahan dalam keadaan ekonomi yang terkesan kerana Covid-19, Chelsea kini hanya menduduki tangga kelima di Liga Perdana.

Disiarkan pada: February 22, 2021 @ 1:48pm
d