Bola Sepak

Dier nafi dakwaan Mourinho

Oleh AFP

London: Pertahanan Tottenham, Eric Dier menafikan dakwaan Jose Mourinho bahawa dia mengalami masalah hilang keyakinan.

Dier sering dipersalahkan kerana melepaskan beberapa gol ketika Tottenham mengalami lima kekalahan pada enam aksi terakhir Liga Perdana.

Kejatuhan prestasi Tottenham menyaksikan impian mereka untuk menduduki kelompok empat teratas liga semakin sukar selain Mourinho terus berdepan tekanan.

Mourinho sebelum ini berkata Dier dilihat hilang keyakinan ketika tempoh sukar itu tetapi pertahanan England itu menafikannya.

"Saya tidak rasa berada di tempat yang buruk sepanjang musim. Saya pernah melalui tempoh di mana hilang keyakinan sebelum ini, jadi saya tahu bagaimana perasaannya.

"Saya tidak merasakannya musim ini. Perkara paling penting ialah realiti dan pandangan orang boleh berbeza dengan keadaan sebenar.

"Apapun saya gembira dengan tahap permainan saya pada sebahagian besar musim ini. Ada berlaku penurunan dan ia berkait dengan pasukan serta persembahan secara keseluruhan.

"Saya tidak rasa tahap keyakinan saya menurun seperti sebelum ini," katanya.

Disiarkan pada: February 26, 2021 @ 9:03am
d