Bola Sepak

Cavani belajar tarian balet

Oleh Agensi

London: Edinson Cavani sudah mempamer aksi lincah menewaskan barisan pertahanan di Eropah sejak lebih sedekad lalu dan dia juga mempamer aksi lincah dengan mempelajari tarian balet.

Bintang Manchester United itu yang sudah meledak tujuh gol untuk skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer pada musim ini, menceburi hobi itu dalam usahanya untuk meningkatkan tahap kecergasan di usia yang semakin tua.

Dia menyertai Ballet Nacional de Sodre di Uruguay selepas dilepaskan oleh PSG tahun lalu dengan rutin memenatkan yang memberikan kekuatan stamina.

Seorang penari balet terkenal, Luke Abnett berkata, menari balet jauh lebih memenatkan berbanding bermain bola sepak

"Penari balet adalah atlet paling kuat yang anda akan temui.

"Dalam tarian balet ia bukan sekadar membabitkan kekuatan pergerakan tetapi turut mementingkan ketepatan pergerakan.

"Ia gabungan pergerakan otot yang kuat bersama kestabilan tertentu.

"Apabila anda mempelajari peringkat tarian lebih sukar, anda perlu melompat, berpusing dan melakukan kawalan dengan baik," katanya.

Disiarkan pada: February 26, 2021 @ 2:31pm
d