Bola Sepak

United berdepan Milan

Oleh AFP

Paris: Manchester United dan AC Milan akan berentap sesama sendiri dalam saingan 16 akhir Liga Europa selepas undia yang dijalankan sebentar tadi di Nyon.

United, yang mengalahkan Real Sociedad menerusi agregat 4-0 di pusingan sebelum ini, bakal berdepan juara Eropah tujuh kali dalam aksi timbal balik selepas lawannya itu layak menerusi kelebihan gol di tempat lawan ketika berdepan Red Star Belgrade.

Perlawanan berkenaan juga bakal menyaksikan Zlatan Ibrahimovic berdepan bekas kelabnya, United yang meraih kejuaraan Liga Europa 2017.

Pemain kelahiran Sweden itu berjaya memberikan persembahan terbaik musim ini dalam usaha untuk membantu Milan meraih kejuaraan liga buat kali pertama sejak 2011, apabila meledak 14 gol dalam saingan Serie A dalam 13 perlawanan pada usia 29 tahun.

United diletakkan sebagai pasukan pilihan selepas mereka menduduki tempat kedua di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hanya tumpas sekali sejak November lalu.

Ajax pula akan berdepan wakil Switzerland, Young Boys selepas juara Eropah empat kali itu mengenepikan pendahulu Ligue 1, Lille.

Dua lagi wakil EPL, Tottenham Hotspur bakal menentang Dinamo Zagreb dan Arsenal akan menentang Olympiakos.

Disiarkan pada: February 26, 2021 @ 9:53pm
d