Bola Sepak

Stones terus kukuhkan kedudukan City

Oleh AFP

Manchester: Manchester City berjaya mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 13 mata apabila jaringan John Stones membolehkan mereka mencatat kemenangan 2-1 ke atas West Ham.

Pasukan bimbingan Pep Guardiola semakin hampir untuk meraih kejuaraan EPL buat kali ketiga dalam tempoh empat musim dan perlu berterima kasih di atas prestasi cemerlang barisan pertahanan mereka.

Ruben Dias, yang menunjukkan kecemerlangan sejak berpindah dari Benfica September lalu, meletakkan City di depan hasil gol pertamanya buat kelab berkenaan.

Michail Antonio berjaya menyamakan kedudukan buat West Ham sebelum rehat namun Stones berjaya meledak gol kemenangan pada babak kedua.

Disiarkan pada: February 27, 2021 @ 10:48pm
d