Bola Sepak

Arsenal bangkit tumbangkan Leicester

Oleh AFP

London: Arsenal menyukarkan harapan Leicester untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berjaya bangkit dari ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta ketinggalan dengan gol awal Youri Tielemans di Stadium King Power.

Mereka sebelum ini kalah sembilan daripada 11 perlawanan liga apabila melepaskan gol pembukaan pasukan lawan.

Bagaimanapun, gol penyamaan David Luiz dan penalti Alexandre Lacazette meletakkan Gunners di depan sebelum rehat.

Gol Nicolas Pepa pada separuh masa kedua mengesahkan kemenangan kedua Arsenal dalam enam aksi terakhir liga.

Kemenangan pasukan London Utara itu menyaksikan Leicester kekal di tangga ketiga di belakang pendahulu, Manchester City dengan ketinggalan 13 mata tatkala berbaki 12 perlawanan.

Disiarkan pada: February 28, 2021 @ 10:52pm
d