Bola Sepak

Polis geledah, tangkap beberapa individu di Barcelona

Oleh Agensi

Madrid: Polis Catalan berkata mereka melakukan beberapa tangkapan selepas menjalankan pemeriksaan di pejabat kelab bola sepak Sepanyol, Barcelona.

Beberapa tangkapan dilakukan dan identiti mereka yang terbabit belum disahkan.

Polis menjalankan operasi hari ini selepas siasatan membabitkan isu kewangan di Barcelona.

Pemilihan presiden kelab berlangsung Ahad selepas presiden sebelumnya, Josep Maria Bartomeu, mengumumkan untuk meletak jawatan pada Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan, Barcelona berkata pemeriksaan polis mempunyai kaitan dengan pemantauan jaringan media sosial.

"FC Barcelona memberikan kerjasama penuh bagi pelaksanaan undang-undang dan pihak polis untuk memastikan penyiasatan berjalan lancar," menurut kenyataan itu.

"Maklumat dan dokumen yang diminta pasukan polis penyiasatan berkaitan dengan fakta membabitkan kes ini.

"FC Barcelona menyatakan penghormatan tinggi terhadap proses penyiasatan yang dijalankan dan atas prinsip yang dianggap tidak bersalah dalam penyiasatan ini."

Menurut laporan di Sepanyol, penyiasatan itu ada kaitan dengan skandal 'Barcagate' pada Februari 2020, apabila kelab berkenaan menafikan mengambil sebuah firma untuk menyerang pemain mereka sendiri di media sosial.

Disiarkan pada: March 1, 2021 @ 11:01pm
d