Bola Sepak

City terus gah di persada liga

Oleh AFP

Manchester: Manchester City berjaya menyamai rekod kelab iaitu 28 perlawanan tanpa kalah selepas menumpaskan Wolverhampton 4-1 untuk melebarkan jurang 15 mata selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pep Guardiola melakukan perubahan dalam barisan kesebelasan utamanya di Stadium Etihad ketika menentang pasukan yang mengalahkan mereka dua kali musim lalu.

City mula mempamerkan taringnya selepas tandukan gol Conor Coady pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan sekali gus memadam jaringan pendahuluan hasil gol sendiri Leander Dendoncker.

Dua gol Gabriel Jesus dan satu jaringan melalui Riyad Mahrez di hujung saingan mengesahkan kemenangan mereka.

Rekod 28 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan menyamai pencapaian yang dilakukan mereka dari April hingga Disember 2017 dan mereka sekarang ini adalah calon hangat untuk meraih kejuaraan EPL kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

Disiarkan pada: March 3, 2021 @ 6:41am
d