Bola Sepak

Barca berpeluh sebelum ke final

Oleh AFP

Madrid: Barcelona memerlukan masa tambahan untuk mara ke perlawanan akhir Copa del Rey selepas mencatat kemenangan agregat 3-2 ke atas Sevilla dua hari selepas polis menyerbu kelab berkenaan dan menahan bekas presiden.

Selepas ketinggalan 0-2 pada perlawanan pusingan pertama, pemain antarabangsa Denmark, Martin Braithwaite meledak gol penting selepas lima minit aksi tambahan berlangsung dengan dia menanduk masuk hantaran lintang Jordi Alba.

Gerard Pique pula menjaringkan gol penyamaan agregat pada masa kecederaan dengan menanduk masuk hantaran lintang Antoine Griezmann.

Sebelum itu Ousmane Dembele menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-12 mengulangi pencapaiannya yang menjaringkan gol kemenangan 2-0 di Sevilla pada aksi La Liga hujung minggu lalu.

Sevilla seharusnya menyamakan kedudukan dan sekali gus memastikan kemenangan secara agregat apabila diberi sepakan penalti minit ke-73 susulan kekasaran ke atas Lucas Ocampos oleh Oscar Mingueza.

Bagaimanapun, sepakan kaki kanan Ocampos diselamatkan oleh penjaga gol, Barca, Marc Andre ter Stegen.

Sevilla seharusnya menyamakan kedudukan dan sekali gus memastikan kemenangan secara agregat apabila diberi sepakan penalti minit ke-73 susulan kekasaran ke atas Lucas Ocampos oleh Oscar Mingueza.

Bagaimanapun sepakan kaki kanan Ocampos diselamatkan oleh penjaga gol, Barca Marc-Andre ter Stegen. Sevilla kemudian terpaksa beraksi 10 orang apabila Fernando dilayangkan kad merah kerana mengasari Francisco Trincao.

"Pasukan berhak untuk layak kerana usaha dan kejujuran mereka. Kami lebih agresif, sentiasa mencipta peluang, pasukan menunjukkan peningkatan ketara.

"Ini adalah keputusan penting untuk kelab, untuk pemain, dan bagi saya juga. Ia langkah penting untuk kejuaraan," kata pengendali Barca Ronald Koeman.

Disiarkan pada: March 4, 2021 @ 8:49am
d