Bola Sepak

Tuchel terus kebal, Liverpool longlai

Liverpool: Liverpool mencatatkan kekalahan kelima berturut-turut di laman sendiri buat kali pertama dalam sejarah mereka apabila Mason Mount berjaya meledak gol tunggal untuk membantu Chelsea mencatat kemenangan 1-0 di Anfield.

Selepas 68 perlawanan liga tidak kalah di Anfield selama hampir empat tahun berakhir Januari lalu, penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tergelincir ke tangga ketujuh liga, empat mata di belakang Chelsea.

Sementara itu, Everton berjaya meraih tiga mata selepas menumpaskan West Brom 1-0 di tempat lawan dan gol kemenangan berkenaan disumbangkan Richarlison pada minit ke-65.

Tottenham turut mencatat kemenangan 1-0 di tempat lawan dengan gol tunggal terhasil melalui jaringan sendiri pemain Fulham, Tosin Adarabioyo pada minit ke-19.

Disiarkan pada: March 5, 2021 @ 8:26am
d