Bola Sepak

Liverpool kalah lagi di Anfield

Oleh Agensi

London: Liverpool mencatat kekalahan kali keenam di Anfield apabila jaringan Mario Lemina memastikan kemenangan 1-0 Fulham ke atas penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu, sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp tampak sukar menemui sentuhan jaringan selepas ketinggalan pada babak pertama.

Reds yang diperkuatkan dengan kehadiran semula pemain Portugal, Diogo Jota selepas pulih daripada kecederaan turut gagal mengubah nasib pasukan itu.

Sebaliknya Fulham yang dikendalikan Scott Parker berjaya bertahan dengan kelebihan satu gol sehingga tamat perlawanan.

Liverpool kini berada di kedudukan ketujuh dengan 43 mata berbanding Fulham 26 mata dalam kelompok bawahan liga.

Disiarkan pada: March 8, 2021 @ 12:02am
d