Bola Sepak

Ronaldo beli Bugatti Centodieci RM48 juta

Oleh Agensi

London: Cristiano Ronaldo tidak membiarkan pandemik koronavirus menjadi penghalang kepada minatnya ke atas kereta mewah.

Bintang Juventus itu dilapor membelanjakan £8.5 juta (RM48 juta) untuk membeli edisi terhad Bugatti Centodieci yang hanya 10 buah dikeluarkan.

Ronaldo, 36, menghabiskan hampir sepanjang tempoh kuarantin tahun lalu di Madeira dan dipercayai menempah kereta mewah terbabit dari situ sekaligus nilai keseluruhan koleksi keretanya bernilai hampir £16 juta (RM91.5 juta), menurut Bild.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu telah pun memiliki Bugatti Chiron dan Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse yang memenuhi ruang garaj kediamannya.

Nama 'CR7' turut menghiasi kepala tempat duduk pada dua lagi Bugattinya.

Koleksi kereta terbarunya itu dipercayai dibuat sebagai penghormatan kepada legenda Bugatti EB110– Ia mampu memecut 0-99km sejam dalam masa 2.4 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 379km sejam.

Sensasi Portugal itu turut mempunyai koleksi seperti Ferrari, Lamborghini dan Rolls Royces dan mengakui suka memiliki dua kereta untuk setiap jenama.

Disiarkan pada: May 5, 2021 @ 12:05am
d