Bola Sepak

Penyokong City berpesta

Oleh AFP

Manchester, United Kingdom: Penyokong Manchester City berkumpul di luar Stadium Etihad bagi meraikan kejayaan pasukan mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pesaing terdekat Manchester United tewas 1-2 ke atas Leicester, pagi ini.

Ratusan penyokong City berkumpul di Etihad susulan keputusan perlawanan antara United dan Leicester di Old Trafford.

City kendalian Pep Guardiola mengesahkan gelaran liga ketiga dalam tempat musim ketika saingan masih berbaki tiga perlawanan.

Penyokong tidak dibenarkan menghadiri perlawanan Liga Perdana buat masa ini kerana langkah pencegahan Covid-19, tetapi ia akan berubah minggu depan dan membolehkan 10,000 penyokong City menyaksikan penyerahan trofi ketika City menentang Everton di laman sendiri pada 23 Mei.

Namun buat masa ini, peminat City menjadi jalan raya sekitar Etihad bersorak selain membakar suar dan memaparkan kain rentang sebagai meraikan kejayaan pasukan mereka.

Guardiola mendedikasikan kejayaan pasukannya kepada peminat City yang berdepan tempoh sukar ketika negara terpaksa menempuhi pandemik Covid-19.

"Adalah amat penting untuk saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong. Dalam saat sukar, kami tidak dapat mendengar suara penyokong seperti biasa, tetapi kami tahu mereka sentiasa bersama kami." katanya.

"Saya berjanji kepada mereka yang kami sentiasa merasai kasih sayang mereka, kami menghargainya dan tidak mampu melakukannya tanpa mereka."

City sudahpun memenangi Piala Liga pada April lalu dan berpeluang melengkapkan treble jika memenangi Liga Juara-Juara pertama mereka akhir bulan ini.

Mereka akan berdepan Chelsea pada final 29 Mei ini, dengan gelanggang perlawanan bakal berpindah dari Istanbul ke Portugal atau England.

Disiarkan pada: May 12, 2021 @ 7:30am
d