Bola Sepak

Ruben Dias dinobatkan pemain terbaik

Oleh Agensi

London: Pemain pertahanan Manchester City, Ruben Dias dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan Penulis Bola Sepak.

Pemain kebangsaan Portugal berusia 24 tahun ditandatangani oleh City sekitar £65 juta (RM380.6j) dari Benfica musim panas yang lalu.

Dia membantu kelab itu memenangi Liga Perdana dan Piala Liga termasuk mara ke final Liga Juara-Juara dimana mereka akan berdepan Chelsea.

"Ia satu penghormatan yang besar. Sememangnya saya tidak dapat melakukannya dengan kejayaan yang dilakar secara berpasukan," kata Dias.

Disiarkan pada: May 20, 2021 @ 6:59pm
d