Bola Sepak

Richards bakal bintang Bayern

Oleh Agensi

London: Pemain pertahanan kiri Reading, Omar Richards akan menyertai juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich pada musim panas ini.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang menyertai akademi Reading pada 2014, melakukan penampilan pertama bersama kelab pada Ogos 2017 dan berjaya melakukan 106 penampilan buat kelab yang beraksi di Liga Kejuaraan Inggeris itu.

Richards yang menolak tawaran kontrak baharu, akan berpindah sebagai pemain bebas dan bersetuju dengan perjanjian sehingga 2025.

Dia akan memberi cabaran kepada Alphonso Davies di bahagian pertahanan kiri ketika Bayern berusaha mengukuhkan barisan pertahanan mereka.

David Alaba dan Jerome Boateng kedua-duanya meninggalkan juara enam kali Eropah selepas meraih kejuaraan Bundesliga kesembilan berturut-turut dengan pemain pertahanan tengah dari Perancis, Dayot Upamacano menyertai Bayern dari RB Leipzig.

"Perpindahan saya ke FC Bayern adalah satu kebanggaan buat saya," kata Richards menerusi laman web kelab itu.

"Impian menjadi kenyataan. Saya bangga dapat memakai jersi salah satu kelab besar di dunia," tambahnya.

Disiarkan pada: May 27, 2021 @ 6:54pm
d