Bola Sepak

Kroos anggap Perancis menang faktor nasib

Oleh AFP

Munich: Toni Kroos berkata jaringan sendiri Mats Hummels yang menyaksikan Jerman tewas kepada Perancis pada aksi pertama Euro 2020 hari ini, meningkatkan lagi tekanan untuk anak buah Joachim Loew.

Hummels menjaringkan gol ke gawang sendiri untuk membolehkan Perancis melakar kemenangan 1-0 di Allianz Arena dalam saingan Kumpulan F.

Perancis nyata bahaya di bahagian serangan dengan jaringan Kylian Mbappe dan Karim Benzema dibatalkan selepas didapati ofsaid manakala cubaan Adrien Rabiot terkena palang gol.

Jerman mempunyai beberapa peluang terbaik termasuk cubaan Serge Gnabry pada separuh masa kedua.

"Kami mempunyai beberapa peluang terbaik, kurang daripada Perancis tetapi keputusan perlawanan adalah daripada jaringan yang tidak bernasib baik," kata Kroos kepada stesen penyiar ARD.

"Kami menguasai hampir keseluruhan perlawanan dan tidak banyak serangan balas dilakukan oleh Perancis."

Kroos kurang senang apabila ditanya mengenai jaringan Mbappe dan Benzema yang dibatalkan apabila berkata: "Ia jelas ofsaid bukan?"

"Kami sudah tewas pada perlawanan pertama dan apabila anda hanya mempunyai tiga perlawanan, tekanan semakin tinggi," tambah Kroos.

Disiarkan pada: June 16, 2021 @ 7:29am
d