Bola Sepak

England gagal manfaat peluang

Oleh AFP

London: England terlepas tiket ke pusingan 16 terakhir Euro 2020 dengan Scotland terus menghidupkan peluang mereka selepas kedua-dua pasukan seri 0-0, hari ini.

Skuad bimbingan Gareth Southgate akan menjamin tempat ke pusingan kalah mati dari Kumpulan D jika dapat menewaskan seteru lama mereka itu.

Bagaimanapun England hanya mampu melakukan satu cubaan tepat manakala aksi garang Scotland sepatutnya membolehkan mereka meraih tiga mata penuh.

England ketika ini mengumpul empat mata dan pasti dapat melangkan ke pusingan kalah mati jika dapat mengelak daripada tewas di tangan Republik Czech pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Scotland yang beraksi di kejohanan utama mereka sejak Piala Dunia 1998, tampak lebih meyakinkan berbanding ketika tewas 0-2 kepada Republik Czech pada aksi pertama.

Mereka masih berpeluang mara ke pusingan kalah mati jika dapat melakar kemenangan ke atas Croatia pada perlawanan terakhir.

Jentera serangan yang tumpul terus menjadi masalah utama anak buah Southgate yang mengeluarkan Harry Kane pada minit ke-75.

"Seri mungkin keputusan yang adil untuk kedua-dua pasukan. Scotland bertahan dengan sangat baik. Ia bukanlah aksi terbaik kami.

"Scotland beraksi untuk menghidupkan peluang mereka di kejohanan ini dan anda dapat saksikannya sendiri. Ia bukanlah keputusan yang kami mahukan tetapi hampir selangkah untuk layak," kata Kane.

Prestasi Kane mencetuskan persoalan selepas dia gagal memberikan impak kepada England ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas Croatia pada perlawanan pertama.

Disiarkan pada: June 19, 2021 @ 5:37am
d