Bola Sepak

Sambutan wira yang penuh emosi di Copenhagen

Oleh Agensi

Copenhagen: Satu lagi detik penuh emosi buat Denmark selepas mereka tiba di Copenhagen apabila tersingkir di separuh akhir Euro 2020 berikutan kekalahan 1-2 kepada England di Wembley.

Skuad berkenaan yang baru saja pulih daripada menyaksikan detik ngeri Christian Eriksen diserang sakit jantung di atas padang dan berjaya bangkit dengan mara sehingga ke separuh akhir sebelum ditumbangkan England.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tanah air mereka diberikan penghormatan oleh penyokong sendiri.

Pemain dan staf teknikal diberikan tepukan oleh peminat sebaik turun dari kapal terbang sebagai tanda terima kasih kerana mereka faham perjalanan luar biasa yang dilalui di kejohanan berkenaan.

Ramai di antara pemain menitiskan air mata selepas melihat reaksi dari penyokong, memeluk antara satu sama lain dan menuju ke laluan berbeza.

"Ia sangat senang untuk melihat mereka, lagi baik ia bukan secara maya. Ini adalah cari kami mengucapkan terima kasih.

"Kami perlu kuat sekali lagi, selepas apa yang sudah dilalui dan sekarang perlu meratapinya lagi.

"Kami meneruskan dengan dua perkara, satu untuk menang. Kami sangat hampir dan kami berasa kesal serta kecewa. Kedua, kami mahu memberi inspirasi dan mahu Denmark bersatu. Kami akan meneruskan perkara ini.

"Kami berterima kasih di atas sokongan anda dan tanpa sokongan kami tidak mampu menggalas bebanan. Akhir sekali kami memberikan tepukan kepada mereka tanda terima kasih," kata jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand yang menahan linangan air mata.

Disiarkan pada: July 9, 2021 @ 10:16am
d