Bola Sepak

Putera Charles tak tengok England main di Euro

Oleh Agensi

London: Putera Charles memaklumkan bahawa beliau tidak boleh menyaksikan perlawanan England di Euro 2020 kerana 'ia terlalu mendebarkan.'

Pewaris takhta itu kini sedang melakukan lawatan ke Wales menjelang perlawanan terbesar dalam sejarah England sejak 1966 dan mengaku perkara itu sedikit menekannya.

Mengulas kembali ketika detik England menewaskan Denmark pada Khamis lalu, beliau mengaku: "Menonton bola sepak, memberi terlalu banyak debaran."

Katanya ketika melakukan lawatan ke St David Cathedral di Pembrokeshire dalam sesi lawatan ke Wales selama seminggu.

Tidak seperti puteranya, Putera William, Charles tidak hadir menyaksikan berlawanan di Wembley dan lebih suka menonton dari jauh.

England menewaskan Denmark pada masa tambahan apabila Harry Kane meledakkan gol kemenangan hasil daripada lantunan sepakan penalti yang diambilnya dan Charles mungkin satu-satunya yang tidak menonton.

Pewaris takhta itu mempunyai kepentingan peribadi dengan pengurus England Gareth Southgate kerana bekas pemain bola sepak antarabangsa itu menjadi duta Charles Prince Trust untuk lebih 15 tahun.

Disiarkan pada: July 10, 2021 @ 8:19am
d