Bola Sepak

Penyokong England bakar suar, bendera Itali

Oleh Agensi

London: Penyokong England membakar suar, bendera Itali dan memanjat bas ketika mereka menuju ke Wembley - manakala berjuta-juta lagi memenuhi bar menjelang final bersejarah Euro 2020 menentang Itali, hari ini.

Mereka menyanyikan lagu 'It's Coming Home' pada ketika Three Lions berharap mengatasi Itali pada perlawanan terbesar dalam tempoh 55 tahun.

Keterujaan mencapai kemuncaknya apabila sebahagian penyokong beratur seawal 5 pagi untuk mendapatkan minuman walaupun cuaca mendung.

Wembley dipenuhi lautan manusia dan asap memenuhi udara apabila suar dibakar di luar stadium dan di Leicester Square yang dipenuhi penonton di jalanan.

Beribu-ribu penonton memenuhi dataran itu untuk berpesta dan berkongsi keseronokan menjelang sepak mula final.

Disiarkan pada: July 12, 2021 @ 2:47am
d