Bola Sepak

De Paul sertai Atletico Madrid

Oleh AFP

Madrid: Rodrigo de Paul yang membantu Argentina memenangi Copa America hujung minggu lalu, menandatangani perjanjian lima tahun bersama Atletico Madrid, maklum juara Sepanyol itu semalam.

"Atletico Madrid mencapai kata sepakat dengan Udinese untuk perpindahan Rodrigo de Paul sehingga Jun 2026," kata juara La Liga dalam satu kenyataan.

Atletico tidak mendedahkan jumlah sebenar perpindahan dan menurut akhbar Sepanyol ia jumlah berkenaan sekitar 35 juta euro (RM174 juta).

Ia adalah penghijrahan kedua buat pemain tengah berusia 27 tahun itu di Sepanyol yang sebelum ini beraksi bersama Valencia di antara tahun 2014 dan 2016 berpindah dari Racing di Argentina.

Valencia juga akan mendapat keuntungan daripada perpindahan itu, berdasarkan klausa penjualan de Paul kepada Udinese yang menjamin peratusan penjualan itu.

"Pemain tengah handalan itu datang ke kelab kami, akan menyertai bahagian serangan dan mampu untuk menjaringkan gol dan membantu rakan pasukan.

"Saya sangat gembira, saya akan bergelar juara La Liga dan saya tahu tanggungjawab yang akan diberikan, Ini adalah langkah yang baik dalam karier bola sepak saya," kata de Paul.

Disiarkan pada: July 13, 2021 @ 9:49am
d