Bola Sepak

Van Dijk kembali dalam skuad Liverpool

Oleh AFP

London: Jurgen Klopp memaklumkan Virgil Van Dijk kelihatan 'sangat bagus' ketika pemain pertahanan Liverpool itu kembali daripada kecederaan lutut yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi hampir keseluruhan musim lalu.

Liverpool melepaskan gelaran Liga Perdana kepada Manchester City selepas Van Dijk mengalami kecederaan serius selain beberapa pemain pertahanan yang lain.

Rakan yang beraksi di bek tengah bersama Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip turut diketepikan manakala Trent Alexander-Arnold mengalami kecederaan sebelum Euro 2020.

Bintang Belanda, Van Dijk mengalami kecederaan itu ketika bertembung dengan penjaga gol Everton Jordan Pickford di Goodison Park pada Oktober tahun lalu.

Gomez pula terpaksa diketepikan beberapa minggu selepas itu kerana kecederaan lutut.

Ketika ini keempat-empat pemain itu sedang berusaha kembali cergas di kem latihan pra musim di Austria.

"Virg dan Joe tidak akan mengharungi dua sisi bersama pasukan untuk beberapa hari ini. Mereka menjalani dua sesi itu bersama pasukan pemulihan, fisioterapi," kata Klopp.

"Mereka semakin bagus. Saya tidak tahu bilakah mereka akan kembali ke peringkat seterusnya tapi ia kembali beberapa minggu

"Mereka kelihatan amat bagus. Saya tidak tahu secara tepat bila mereka akan mara ke peringkat seterusnya tetapi ia akan berlaku dalam empat minggu ini," kata Klopp.

Matip cedera ligamen buku lali pada Februari manakala bek kanan Alexander-Arnold yang dipanggil menyertai skuad England untuk Euro 2020, terpaksa menarik diri selepas cedera ketika aksi persahabatan menentang Austria

"Joel kelihatan baik, semestinya dia semakin pulih untuk kembali berlatih seperti biasa dan kami akan lihat bila dia akan kembali berlatih semula.

"Kecederaan Trent pula serius tapi bukan yang kecederaan besar kita lihat nanti bagaimana keadaannya," kata Klopp.

Disiarkan pada: July 14, 2021 @ 9:15am
d