Bola Sepak

Suker dipecat

Oleh AFP

Zagreb: Persekutuan Bolasepak Croatia (HNS) memecat bekas bintang, Davor Suker yang sebelum ini menjadi presiden badan induk berkenaan.

Suker, pemegang rekod gol terbanyak Croatia memimpin HNS sejak 2012.

Beliau digantikan dengan Pengarah Eksekutif HNS, Marijan Kustic, yang juga satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan.

"Saya gembira kerana menjadi sebahagian daripada kejayaan terbesar Croatia untuk kedua-dua, sebagai pemain dan presiden HNS," kata Suker.

Bekas penyerang Real Madrid beusia 53 tahun itu beraksi dengan Croatia ketika mereka menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1998 di Perancis.

Sebab kenapa beliau dipecat tidak jelas, namun media membuat spekulasi bahawa Suker tidak berjaya menangani masalah yang dihadapi oleh bola sepak Croatia, terutama infrastruktur yang teruk.

Awal minggu ini televisyen tempatan menyiarkan rakaman percakapan telefon, disyaki antara orang kuat bola sepak, Zdravko Mamic, yang dijatuhkan hukuman penjara atas kerana rasuah bernilai berjuta-juta euro, dengan seorang bekas pegawai HNS.

"Anda harus mulai mengubah hubungan dalam persekutuan, Suker tidak lagi dapat menjadi presiden, penamat cerita," kata Mamic, yag bersembunyi di negara jiran Bosnia, dapat didengar sebagai berkata kepada Zorislav Srebric.

Selepas itu perkara berkenaan disahkan oleh NOVA TV bahawa mereka sedang bertanyakan kepada bekas jurulatih Dinomo Zagreb menganalisis perlawanan tanpa memberitahu di mana lokasi ketika itu.

Suker enggan memberi sebarang komen.

Disiarkan pada: July 30, 2021 @ 8:32am
d